Cari:
Menteri Luar G7 Kekal Dialog dengan Rusia dalam Isu Ukraine
2015-04-16 10:59:01 CRI Cetak

Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) mengadakan mesyuarat di Lubeck, Jerman semalam untuk membincangkan krisis di Ukraine, rundingan tentang isu nuklear Iran, dan operasi antikeganasan. Menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat tersebut, G7 akan terus menjalankan kerjasama dalam isu-isu berkenaan dan berdialog dengan Rusia dalam penyelesaian isu Ukraine.

Menurut kenyataan itu, G7 menyokong pertemuan "model Normandy" dan usaha pengantaraan kumpulan tiga pihak iaitu Ukraine, Rusia dan Pertubuhan Keselamatan Eropah (OSCE) untuk menyelesaikan krisis di Ukraine. G7 mengalu-alukan perjanjian Minsk yang baharu dan menggesa pelbagai pihak terlibat melaksanakan perjanjian tersebut, khususnya melaksanakan gencatan senjata dan pengunduran senjata berat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China