Cari:
57 Anggota Pengasas AIIB
2015-04-16 11:15:55 CRI Cetak

Jumlah anggota pengasas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah dimuktamadkan semalam. Menurut maklumat yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan China, sebanyak 57 buah negara dari pelbagai rantau di dunia termasuk 10 negara anggota ASEAN menjadi anggota pengasas bank itu.

Pengerusi Mesyuarat Perunding Kanan AIIB yang juga Naib Menteri Kewangan China, Shi Yaobin menyatakan bahawa tarikh 31 Mac merupakan hari akhir menerima permohonan untuk menjadi negara anggota pengasas AIIB. Setakat 15 April, sebanyak 57 buah negara yang mengemukakan permohonan sebelum 31 Mac lalu telah menjadi negara anggota pengasas AIIB secara rasmi.

Menurut Shi, AIIB antara bank pembangunan multilateral yang terbuka dan inklusif. Ia akan terus menerima anggota yang baharu. Prosedur dan peraturan untuk menerima anggota baharu akan ditetapkan kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China