Pelbagai pihak yang terlibat dalam isu nuklear Iran akan mula menggubal perjanjian muktamad sempena rundingan pusing baharu yang bakal diadakan pada 22 April.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marziyeh Afkham semalam menyatakan, enam negara terlibat iaitu Britain, Perancis, Rusia, AS, China, dan Jerman, serta Kesatuan Eropah dan Iran telah mencapai rangka pelan penyelesaian pada 2 April lalu yang menjadi asas dalam mencapai perjanjian muktamad sebelum penghujung bulan Jun nanti.