Cari:
Jacob Zuma Kutuk Rusuhan
2015-04-17 15:18:25 CRI Cetak

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Pengerusi Kesatuan Afrika, Nkosazana Clarice Dlamini-Zuma masing-masing mengeluarkan kenyataan semalam, mencela rusuhan yang berlaku di KwaZulu-Natal dan Johannesburg serta menuntut pelbagai pihak mengawal perasaan dan bertenang.

Jacob Zuma yang menyampaikan ucapan melalui televisyen pada 15 April lalu menyeru rakyat agar menghentikan serangan terhadap warga asing. Pada 16 April lalu pula, beliau berucap pada parlimen, mencela rusuhan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan tersebut melanggar prinsip kebebasan dan hak asasi manusia.

Setakat ini, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam rusuhan di Afrika Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China