Cari:
China Pelihara Keselamatan, Kestabilan dan Kebebasan Pelayaran di Laut China Selatan
2015-04-17 15:19:24 CRI Cetak

China meningkatkan pembinaan keupayaan di Laut China Selatan berfaedah bagi memelihara keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran di perairan tersebut.

Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai menegaskan pendirian China tersebut ketika menghadiri Seminar Kerjasama Keselamatan Antarabangsa China-AS di Washington semalam.

Beliau berkata, pendirian China dalam isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten, ia tidak pernah berubah sejak puluhan tahun yang lalu dan tidak akan berubah pada masa depan. China akan memelihara kedaulatan dan kepentingan maritim dan mengawal diri. Gesaan yang menuntut China melepaskan hak dan kepentingan sah adalah tidak adil.

Cui menambah, pembinaan kemudahan di Kepulauan Nansha merupakan tindakan yang sah. Matlamat tindakan tersebut adalah untuk membaiki fungsi pulau tersebut dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada kapal-kapal yang melalui kawasan perairan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China