Cari:
IMF dan Bank Dunia Mahu Bekerjasama dengan AIIB
2015-04-17 13:25:01 CRI Cetak

Mesyuarat musim bunga 2015 Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia dimulakan hari ini. Dalam sidang akhbar mesyuarat tersebut, IMF dan Bank Dunia masing-masing melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Pengarah Urusan IMF,Christine Lagarde berkata, AIIB adalah antara institusi yang bergiat dalam pembinaan kemudahan infrastruktur serantau. Pada ketika ini keperluan yang kuat di rantau Asia. Oleh itu, AIIB adalah inisiatif yang amat menarik. Menurut beliau, AIIB merupakan institusi yang paling dialu-alukan IMF. IMF menanti-nantikan kerjasama dengan AIIB.

Gabenor Bank Dunia, Jim-Yong Kim bukan sahaja mengalu-alukan AIIB, malah juga mengemukakan cadangan tentang kaedah kerjasama kedua-dua pihak. Menurut beliau, Bank Dunia dan AIIB boleh melaksanakan kerjasama melalui pelaburan bersama dalam projek-projek tertentu. Beliau turut menyatakan pihaknya akan memberikan sokongan kepakaran dalam fasa persiapan pelbagai projek AIIB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China