Cari:
Xi Jinping Bakal Melawat Pakistan dan Indonesia
2015-04-18 16:01:12 CRI Cetak

Kementerian Luar China mengadakan sidang akhbar semalam untuk memberikan taklimat tentang lawatan Presiden Xi Jiniping ke Pakistan dan kehadiran ke Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung di Indonesia.

Penolong Menteri Luar China, Liu Jianchao berkata, Pakistan merupakan rakan kerjasama strategik menyeluruh dan negara jiran yang penting bagi China. Sejak penjalinan hubungan diplomatik 64 tahun yang lalu, kedua-dua negara ini membina kepercayaan politik dan kerjasama menyeluruh. Tahun ini merupakan "Tahun Interaksi Persahabatan China-Pakistan". Kedua-dua negara mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan hubungan kebudayaan ke tahap yang lebih tinggi. Kedua-dua negara juga akan mengeluarkan kenyataan bersama dan menandatangani perjanjian kerjasama tentang tenaga, infrastuktur, ekonomi dan perdagangan, kewangan, sains dan teknologi.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam sidang media itu memberitahu wartawan bahawa China sentiasa merupakan penggalak kerjasama Asia-Afrika. Kehadiran Presiden Xi dalam sidang tersebut memperlihatkan pendirian China teguh untuk menggalakkan kerjsama Asia-Afrika dan membangun bersama. Sempena persidangan itu, Xi Jinping akan menyampaikan ucapan tentang pendirian China untuk mengobarkan Semangat Bandung dan kerjasama Asia-Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China