Cari:
Tentera Udara AS Tiba di Ukraine
2015-04-18 15:05:20 CRI Cetak

Duta Besar AS ke Ukraine, Geoffrey Pyatt semalam dalam laman twitternya menyatakan seramai 290 askar dari brigad payung terjun ke-173 AS telah tiba di Ukraine untuk memberikan latihan kepada tentera negara itu.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kemeterian Luar Rusia, Alexander Lukashevich berkata, tindakan itu telah menlanggar Perjanjian Minsk yang baharu. Ini langkah pertama AS untuk memberikan senjata moden kepada Ukraine.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Peskov semalam menyatakan bahawa konflik di Ukraine masih belum berakhir. Perjanjian Minsk yang baharu masih belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Berlatarbelakang keadaan ini, kehadiran guru dan pakar tentera luar negara di Ukraine tidak bermanfaat untuk menyelesaikan krisis di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China