Menurut Istana Presiden Afrika Selatan semalam, Presiden Jacob Zuma membatalkan lawatan ke Indonesia demi menangai rusuhan terhadap warga asing di negara itu.
Berdasarkan jadual, Zuma akan berlepas Indonesia dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung di Indonesia malam semalam.
Jurucakap Istana Presiden Afrika Selatan, Mac Mamharaj berkata, Naib Presiden, Cyril Ramaphosa akan mewakili Zuma ke Indenesia.
Pada masa yang sama, Zuma akan pergi ke Durban untuk mengunjungi warga asing yang kehilangkan tempat tinggal dalam rusuhan di negara itu. Selain itu, Zuma akan mengadakan sidang dialog kebangsaan untuk menyelesaikan masalah rusuhan terhadap warga asing pada minggu depan.