Cari:
Ban Ki-moon Kutuk Serangan di Timur Afghanistan
2015-04-19 16:07:31 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan menerusi jurucakapnya mengutuk keras serangan di bandar Jalalabad, timur Afghanistan yang mengakibatkan ramai kematian dan kecederaan.

Menurut kenyataan itu, Ban Ki-moon mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang kejam yang meragut 35 nyawa, manakala lebih 100 orang lagi cedera. Ban menyatakan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Afghanistan, menggesa rakyat negara itu bersama-sama membanteras keganasan dan esktremis.

Menurut polis Afghanistan, seorang penyerang berani mati meletupkan bom yang dibawanya di sebuah bank di Jalalabad semalam. Selain itu, satu lagi bom ditemukan di tepi jalan di sekitar bank tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China