Ukraine dan AS mengadakan latihan ketenteraan bersama "Fearless Guardian-2015" di Lwow, barat Ukraine semalam.
Semasa berucap melancarkan latihan tersebut, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, latihan ini menandakan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara telah memasuki peringkat substantif.
Sebelum ini, Rusia telah melahirkan kebimbangan terhadap penghantaran anggota tentera AS ke Ukraine. Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Alexander Lukashevich mendakwa tindakan AS itu melanggar Perjanjian Minsk baharu, dan merupakan langkah pertama bagi AS untuk membekalkan senjata moden kepada Ukraine.