Cari:
Lawatan Presiden Xi Jadi Tumpuan Media Pakistan
2015-04-21 16:08:44 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Pakistan menjadi tumpuan media tempatan.

Akhbar "Dawn" hari ini menyiarkan artikel yang bertajuk "Koridor Ekonomi sebagai Fokus, China-Pakistan Tandatangani 51 Perjanjian Kerjasama dan Memorandum Persefahaman." Dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa walaupun situasi antarabangsa dan serantau mengalami perubahan, namun sebagai rakan sepanjang masa, China dan Pakistan masih dapat mengekalkan hubungan yang kukuh. Pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan bermanfaat bagi pembangunan semua wilayah di Pakistan, dan bakal menjadikan Pakistan pusat perniagaan dan pelaburan serantau.

Artikel akhbar "Daily Jang" pula menyebut, Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Nawaz Sharif dalam sidang media bersama-sama dengan Presiden Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara komited untuk membanteras keganasan sehingga akar umbi, serta memberikan sokongan dari segi kewangan dan teknikal bagi memastikan program-program kerjasama dua hala dapat dilaksanakan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China