Cari:
Ucapan Abe dalam AAS Jadi Tumpuan
2015-04-22 14:13:20 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berlepas ke Indonesia pada 21 April lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika (AAS) dan upacara memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung.

Menurut sumber berita Jepun, ketika menyampaikan ucapan dalam sidang kemuncak tersebut, Abe akan menyebut tentang "mengambil iktibar daripada sejarah." Namun, ucapan beliau akan bertumpu pada sumbangan Jepun kepada dunia selepas Perang Dunia II, dan mungkin tidak melibatkan sebarang kenyataan "maaf".

Menurut media Jepun, ucapan yang bakal disampaikan oleh Abe di Indonesia dan AS berfokus pada "orientasi masa depan" dan tiada kenyataan "memohon maaf". Reaksi masyarakat antarabangsa terhadap kedua-dua ucapan tersebut dijangka menjadi rujukan kepada Abe untuk menyemak semula ucapan beliau bersempena dengan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II pada 15 Ogos nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China