Cari:
Jepun Digesa Tangani Isu Sejarah
2015-04-22 17:30:39 CRI Cetak

AS sekali lagi mendesak Jepun menangani isu sejarah Perang Dunia II dengan tindakan yang membantu mengurangkan percanggahan dan mewujudkan permuafakatan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Mary Harf semalam berkata, hubungan yang kukuh dan bersifat membina antara negara-negara di rantau Asia Timur bermanfaat bagi mendorong kedamaian dan kestabilan. Hal ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan negara-negara tersebut, tetapi juga bersesuaian dengan kepentingan AS.

Lebih 100 orang anggota Diet Jepun dilaporkan menziarahi Yasukuni Jinja, tempat pengebumian penjenayah perang utama Perang Dunia II pagi tadi. Mereka termasuk bekas naib speaker Dewan Perwakilan dari Parti Demokratik Liberal, Seishiro Eto, dan ketua setiasaha Parti Demokratik Jepun (DPJ) di Dewan Konsilor, Yuichiro Hata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China