Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Pusingan Baharu
2015-04-23 15:40:19 CRI Cetak
Enam negara yang terlibat dalam isu nuklear Iran (AS, Britain, Perancis, Rusia, China, Jerman), Kesatuan Eropah (EU) dan Iran semalam memulakan rundingan pusingan baharu selama tiga hari di Vienna.

Stesen televisyen, Press TV Iran memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi sebagai berkata, pembatalan sekatan terharap Iran akan menjadi topik utama dalam rundingan tersebut.

Sebelum ini, pihak AS dalam satu "pelan tindakan bersama" menegaskan, selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan Iran betul-betul mematuhi semua komitmen, negara Barat akan memberhentikan sementara sekatan terhadap Iran. Namun, pembatalan sekatan secara menyeluruh akan mengambil masa selama beberapa tahun. Oleh itu, sama ada perjanjian yang komprehensif dapat dicapai menjelang penghujung Jun nanti masih tidak pasti.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China