Cari:
Jepun Komited Terima Sejarah
2015-04-23 15:57:05 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, mengulangi lagi tiada tolak ansur dalam isu sejarah yang berkenaan dengan asas politik hubungan China-Jepun.

Beliau menekankan demikian semasa ditemui Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Jakarta, Indonesia semalam.

Xi berharap agar Tokyo dapat memandang serius keprihatinan negara-negara jirannya di Asia dan menyampaikan isyarat positif berkaitan isu sejarah.

Abe turut menyatakan keinginan untuk melihat hubungan kedua-dua negara itu dapat diperbaiki kerana hal ini bermanfaat kepada rakyat, malah kedamaian dan pembangunan dunia. Menurut beliau, pihaknya bersedia untuk melaksanakan empat konsensus yang telah dicapai dengan China pada tahun lepas serta menggalakkan pertukaran dan dialog dalam pelbagai bidang bagi mewujudkan kesalingfahaman dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Abe menambah, beliau berserta dengan Dietnya telah komited menerima pakai secara menyeluruh semangat "Ucapan Murayama" yang disampaikan mantan Perdana Menteri, Tomiichi Murayama pada tahun 1995 yang mengakui sejarah penjajahan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China