Cari:
Penurunan Harga Minyak Berikan Kesan Ketara kepada Ekonomi Dunia
2015-04-24 16:40:21 CRI Cetak

Harga minyak antarabangsa yang menjunam sejak musim panas tahun lalu memberikan kesan yang ketara kepada ekonomi dunia.

Menurut laporan yang dikeluarkan semalam oleh Lembaga Persidangan (The Conference Board), iaitu sebuah institusi pengajian ekonomi AS, pengguna di sesetengah kawasan ekonomi yang maju telah memperoleh keuntungan daripada harga minyak yang rendah seiring dengan peningkatan pendapatan mereka.

Sementara itu, harga minyak yang berada pada paras yang rendah juga membantu memulihkan ekonomi AS. Namun, rangsangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara Eropah didapati kurang ketara berbanding dengan AS.

Penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa telah memberikan tamparan hebat kepada sesetengah negara yang bergantung pada eksport sumber tenaga seperti Venezuela dan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China