Cari:
Krisis Syria Akibatkan Krisis Kemanusiaan Paling Teruk di Dunia
2015-04-25 15:25:18 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) mengeluarkan kenyataan pengerusi semalam, menggesa pelbagai pihak Syria menghentikan tindakan keganasan, dan menyeru masyarakat antarabangsa mempertingkatkan bantuan kepada negara itu.

Dalam kenyataan itu dinyatakan bahawa lebih 220 ribu orang terkorban sejak berlakunya krisis Syria. Separuh penduduk di negara itu terpaksa melarikan diri dari kampung halaman, antaranya 3.9 juta orang berlari ke negara jiran. Sementara itu, seramai lebih 12 juta orang penduduk Syria yang memperlukan bantuan kemanusian kecemasan pada masa ini.

Kenyataan itu menyifatkan krisis Syria sebagai krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia buat masa ini. Krisis Syria juga menjejaskan masyarakat, alam sekitar dan ekonomi beberapa negara jirannya.

Dalam kenyataan itu turut ditegaskan penyelesaian krisis melalui saluran politik bagi mengelakkan krisis kemanusiaan daripada terus memburuk di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China