Pengerusi Kumpulan HSBC Holdings, Douglas Flint semalam berkata, terdapat peluang pasaran yang amat besar di China berikutan proses urbanisasi, peningkatan pendapatan rakyat dan potensi pasaran perbelanjaan, serta pembinaan infrasrtuktur yang berskop besar di negara itu.
Menurut beliau, ciri-ciri bagi ekonomi dunia dalam suatu jangka masa pendek dan sederhana ialah ekonomi negara-negara maju menjadi perlahan pada keseluruhannya, manakala negara-negara membangun memasuki tahap pembangunan ke arah yang lebih kukuh dengan pelbagai pendekatan pembaharuan pasaran yang terus dilaksanakan.
Tambah beliau, trend pelaburan dan pertumbuhan ekonomi China didapati sedang beralih dari model yang bergantung kepada eksport ke model yang berorientasikan permintaan pasaran domestik. Sementara itu, kita juga dapat menyaksikan peluang yang amat besar seiring dengan proses mengantarabangsakan mata wang RMB.