Cari:
Iran Berharap Pulih Kedudukan di Pasaran Petroleum
2015-04-26 15:42:25 CRI Cetak

Iran berharap memulihkan kedudukannya di pasaran petroleum antarabangsa. Demikian dinyatakan pegawai Kementerian Petroleum Iran yang bertanggungjawab atas urusan Organisasi Negara Eskport Petroleum(OPEC), Mehdi Asali baru-baru ini.

Kata beliau, sekiranya perjanjian muktamad isu nuklear Iran dapat ditandatangani, banyak modal dan teknologi canggih dijangka diperkenalkan kepada sektor petroleum dan gas asli Iran melalui syarikat transnasional. Hal ini akan membantu meningkatkan produktiviti Iran dalam bidang petroleum dan gas, sekali gus meningkatkan kuota dan kedudukan negara itu dalam arena sumber tenaga antarabangsa.

Tambah belaiu, pasaran petroleum antarabangsa mempunyai prospek yang cerah pada tahun 2015 memandangkan permintaan terhadap minyak dan gas asli semakin meningkat di pasaran antarabangsa.

Kini, hanya tinggal masa tidak sampai 3 bulan sahaja sebelum tarikh penandatanganan perjanjian muktamad antara Iran dengan enam negara berhubung isu nuklear Iran. Kerajaan dan syarikat dari banyak negara Barat berhasrat untuk memperkasakan kerjasama dengan Iran dalam bidang petroleum dan gas gasli sebaik sahaja sekatan terhadap negara itu dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China