Cari:
Lebih 2,500 Maut Gempa Bumi di Nepal
2015-04-27 12:00:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setakat malam 26 April lalu, gempa bumi dahsyat yang berlaku di Nepal pada 25 April lalu telah menyebabkan lebih 2,500 orang maut, manakala lebih 5,900 orang cedera. Pada hari yang sama, skuad penyelamat bencana antarabangsa dari China, Eropah dan negara-negara yang lain telah tiba di Kathmandu, ibu negara Nepal untuk melaksanakan operasi menyelamat.

Gegaran kuat yang berukuran 7.1 skala Richter berlaku pada tengah hari 26 April lalu dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan. Lebih 90% bangunan lama di Kathmandu telah musnah ekoran dilanda beberapa kali gempa susulan.

Nepal telah mengarahkan angkatan tentera dan polis menyertai operasi menyelamat bencana. Serentak dengan itu, China, India, AS, Republik Korea (RoK), Singapura dan Jepun telah menghantar pasukan penyelamat dan berjanji akan menghulurkan bantuan kepada kerajaan Nepal.

Kerajaan China memutuskan untuk menyediakan bantuan barangan kemanusiaan yang bernilai RMB 20 juta (kira-kira RM11. 50 juta) untuk membantu Nepala melaksanakan operasi menyelamat dan kerja-kerja penempatan mangsa bencana.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China