Cari:
Hampir 20 Maut di Tibet Akibat Gempa Bumi di Nepal
2015-04-27 16:16:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setakat tengah malam 26 April lalu, sekurang-kurangnya 20 orang maut, empat orang hilang, manakala 58 lagi cedera di bandar Shigatse, Wilayah Autonomi Tibet China ekoran gempa bumi yang berlaku di Nepal pada 25 April. Selain itu, sebanyak 24,803 penduduk tempatan telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Dimaklumkan, sebanyak 1,206 buah rumah runtuh dan 54 buah kuil rosak di Shigaese akibat gegaran yang kuat. Kini, 17 ribu anggota penyelamat dan 34 set jentera besar telah dihantar untuk melaksanakan operasi menyelamat di kawasan bencana berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, kerajaan telah memperuntukkan dana tambahan RMB 30 juta (kira-kira RM 17.23 juta) bagi membaikpulih prasarana dan membina semula kemudahan infrastruktur di kawasan bencana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China