Cari:
Demonstrasi Pembinaan Pangkalan Tentera AS di Okinawa
2015-04-27 15:55:23 CRI Cetak

Lebih seribu orang mengadakan demonstrasi di Tokyo Jepun petang semalam sambil memegang sepanduk dengan perkataan "Menentang pembinaan pangkalan tentera Henoko" dan "Menentang persekutuan tentera Jepun-AS". Mereka juga menyeru Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang baru memulakan lawatan ke AS menyampaikan suara penentangan tersebut kepada kerajaan AS.

Penganjur demonstrasi tersebut, Kato Noriko berkata, selepas Perang Dunia II berakhir, AS telah mengambil banyak tanah Jepun secara paksa untuk membina banyak pangkalan tentera AS di Okinawa. Kini, rakyat Okinawa menolak pembinaan pangkalan tentera baharu.

Shinzo Abe pernah menemui Gabenor Okinawa, Onaga Takeshi di Tokyo tidak lama dulu dan cuba menasihati beliau supaya bersetuju memindahkan Pangkalan Futenma AS ke Henoko, namun nasihat tersebut ditolak oleh Onaga Takeshi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China