Cari:
Shinzo Abe Tidak Minta Maaf Isu Hamba Seks
2015-04-28 14:31:32 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyatakan bahawa beliau berasa amat sedih terhadap mangsa-mangsa yang diperdagangkan menjadi hamba seks askar-askar Perang Dunia II. Perasaan beliau mengenai isu tersebut adalah sama dengan mantan perdana menteri Jepun yang lalu. Shinzo Abe tidak menggunakan perkataan "meminta maaf" secara eksplisit tentang isu tersebut dalam ucapannya semasa lawatan beliau ke Boston, AS semalam.

Agensi Berita Yonhap Republik Korea semalam melaporkan sikap Abe tetap tidak berubah. Jepun akan terus menggunakan perkataan yang kabur dan tidak jelas tentang isu hamba seks. Dalam pada itu, penggunaan perkataan "memperdagangkan manusia" bagi menggambarkan golongan hamba seks tersebut adalah manifestasi Jepun untuk tidak mahu bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China