Cari:
AS dan China Pelihara Komunikasi Teratur
2015-04-28 15:19:47 CRI Cetak

Pegawai Kanan Rumah Putih, AS di Washington menyatakan bahawa kerajaan AS dan China pada pelbagai peringkat akan sentiasa memelihara komunikasi yang teratur, dan pihak AS akan membuat persiapan sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara itu pada bulan September.

Pegawai kanan yang enggan namanya disebut itu berkata, dialog AS-China mengenai strategik dan ekonomi bakal diadakan dan dialog tersebut juga merupakan sebahagian daripada persiapan lawatan Presiden Xi ke AS.

Menurut laporan lain, Pengarah Kanan Hal Ehwal Asia bagi Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih, Evan Medeiros, semalam menyatakan dalam pertemuan antara Presiden Barack Obama dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang bakal diadakan pada hari ini, China akan menjadi salah satu topik perbincangan mereka.

Medeiros berkata, AS dan Jepun sama-sama berharap dapat memelihara hubungan bilateral yang sihat dan membina dengan China, selaku negara penting di rantau ini. Selain itu, beliau turut mengakui kedua-dua negara tersebut mempunyai perselisihan dengan China dalam beberapa isu. Obama dan Abe akan membincangkan kaedah yang berkesan dalam menangani perselisihan dengan China agar kestabilan dan kemakmuran Asia akan terus terpelihara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China