Cari:
Pembinaan di Laut China Selatan Tidak Jejaskan Persekitaran Ekologi
2015-04-29 14:30:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pembinaan pulau dan terumbu China di perairan Laut China Selatan telah menjalani penilaian saintifik yang teliti sejak beberapa tahun lalu, dan telah mencapai piawaian dan keperluan persekitaran yang ketat. Oleh hal yang demikian, pembinaan tersebut tidak akan menjejaskan persekitaran ekologi di perairan Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Jabatan Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina berkata, pembinaan pihak China di Pulau Nansha merosakkan terumbu tempatan dan menjejaskan punca pendapatan nelayan Filipina.

Menurut Hong Lei, China memiliki hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan di kepulauan Nansha serta kawasan perairan di sekitarnya. China membangunkan projek pembinaan di kawasan sendiri. Oleh itu, China sangat mengambil berat dan memberi perhatian mengenai perlindungan ekologi di pulau tersebut berbanding dengan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China