Cari:
AS Tegaskan Komitmen Keselamatan terhadap Jepun
2015-04-29 16:21:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden AS, Barak Obama semalam menegaskan komitmen keselamatan terhadap Jepun ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Rumah Putih pada 28 April lalu. Manakala, Abe menolak untuk meminta maaf terhadap sejarah pencerobohan dan isu hamba seks.

Dalam sidang media selepas pertemuan itu berakhir, Obama berkata, komitmen keselamatan AS terhadap Jepun adalah mutlak. Beliau juga menegaskan fasal kelima dalam Garis Panduan Pertahanan AS-Jepun akan dilaksanakan di semua kawasan di bawah pentadbiran Jepun termasuk Pulau Diaoyu.

Obama berkata, hubungan perikatan antara AS dengan Jepun yang erat tidak boleh dianggap sebagai "provokasi". AS mengalu-alukan kebangkitan China secara damai kerana China bukan sahaja pasaran yang berkembang pesat dan berpotensi besar, malah juga dapat menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang berkenaan.

Garis Panduan Pertahanan AS dan Jepun edisi baharu yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara pada 27 April lalu membolehkan angkatan tentera Jepun memainkan peranan yang lebih agresif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China