Cari:
Abe Enggan Minta Maaf Isu Sejarah Pencerobohan Perang Dunia II
2015-04-30 13:08:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dalam ucapannya di Kongres AS menyatakan rasa penyesalan atas penderitaan yang dialami negara-negara Asia ekoran pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia II (WWII). Namun, ucapan Abe tidak menyebut "maaf" berhubung dengan sejarah pencerobohan Jepun. Kenyataan Abe yang tidak mahu bertanggungjawab menimbulkan bantahan beberapa ahli Kongres, pertubuhan warga keturunan China dan warga keturunan Republik Korea (RoK) di AS.

Sebagai Perdana Menteri Jepun yang pertama menyampaikan ucapan dalam mesyuarat bersama Senat dan Dewan Perwakilan AS, Abe dalam ucapannya berkata, Jepun menyesali tindakannya dalam Perang Dunia II sehingga menyebabkan penderitaan kepada rakyat pelbagai negara di Asia. Beliau akan mengekalkan sikap mantan perdana menteri Jepun yang lalu berhubung dengan isu tersebut.

Selain itu, Abe juga tidak menyebut tanggungjawab terhadap isu hamba seks. Dalam pada itu, ahli Dewan Perwakilan AS, Mike Honda menyatakan bahawa tindakan Abe memang mengejutkan dan memalukan serta tidak boleh diterima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China