Cari:
PBB Seru Hulurkan Bantuan Kecemasan USD 415 Juta kepada Nepal
2015-04-30 14:09:24 CRI Cetak

Setakat malam tadi, jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Nepal telah bertambah kepada 5,057 orang dan lebih 10 ribu lagi cedera. Mangsa bencana di kawasan yang berhampiran dengan pusat gempa telah menerima bantuan. Kini, kerajaan Nepal sedang meneruskan operasi menyelamat di kawasan bencana. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menyeru agar bantuan kecemasan sebanyak USD 415 juta(RM 1474.6 juta) dihulurkan kepada Nepal.

Pegawai kerajaan Nepal semalam menyatakan bahawa pihaknya akan memperbaik cara kerja bantuan untuk memenuhi keperluan mangsa bencana terhadap makanan dan air minuman. Sehubungan dengan itu, PBB mula mengagihkan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa di sekitar kawasan pusat gempa. Selain itu, Program Makanan Sedunia PBB (WFP) telah menyediakan bantuan makanan seperti biskut di kawasan sekitar Gorkha.

Setiausaha Rendah Hal Ehwal Kemanusiaan PBB,Valerie Amos akan mengadakan lawatan ke Nepal pada hari ini sehingga 2 Mei untuk meninjau usaha-usaha menyelamat, di samping menyeru masyarakat agar memberikan perhatian terhadap bencana tersebut.

Pengerusi Parti pemerintah bersama yang juga Pengerusi Parti Komunis Nepal, K.P. Sharma Oli semalam menyatakan bahawa Nepal mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China kerana telah menghulurkan bantuan kepada negaranya. Menurut Oli, walaupun bencana gempa berlaku di kawasan kampung dan kawasan yang kurang maju sehinggakan operasi menyelamat sukar dijalankan, China tetap memberikan bantuan kepada Nepal dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China