Cari:
Arab Saudi Tangkap 93 Anggota IS
2015-04-30 14:25:21 CRI Cetak

Baru-baru ini, Arab Saudi berjaya menumpaskan satu cawangan kumpulan pengganas Negara Islam(IS) di negara itu dengan menangkap 93 orang anggotanya.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Arab Saudi, Mansour al-Turki dalam sidang media semalam mendedahkan cawangan tersebut sedang merancang untuk menyerang jabatan kerajaan dan kedutaan negara lain di Arab Saudi dan berniat untuk melancarkan serangan ke atas anggota tentera dan mencetuskan persengketaan antara pelbagai puak.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Arab Saudi, cawangan tersebut dipimpin dan dikawal oleh seorang petugas agama warga Arab Saudi dan telah menerima beberapa orang pemuda Arab Saudi yang warak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China