Setiausaha Rendah Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos telah tiba di Nepal untuk meninjau kawasan bencana. Pada waktu yang sama, pelbagai agensi PBB turut menghulurkan sokongan dan memberikan bantuan perubatan di kawasan bencana Nepal. Demikian didedahkan oleh Jurucakap PBB, Farhan Haq semalam.
Menurut Valerie Amos, operasi menyelamat menghadapi cabaran besar. Kesukaran utama yang dihadapi kini ialah kekurangan helikopter, telekomunikasi dan masalah keselamatan.
Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Program Makanan Sedunia PBB, dan institusi antarabangsa lain juga kini menyertai operasi menyelamat di Nepal.
Menurut statistik kerajaan Nepal, setakat ini jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Nepal telah bertambah kepada hampir 5,600 orang dan lebih 11 ribu lagi cedera.