Cari:
Ketiadaan Barangan Pameran Pencerobohan Tentera Jepun Timbulkan Bantahan
2015-05-01 13:11:42 CRI Cetak

Muzium sejarah, iaitu Pusat Keamanan Antarabangsa Osaka Jepun yang telah ditutup selama lebih setengah tahun telah dibuka semula semalam. Oleh sebab muzium tersebut telah dibuat penyesuaian, barangan pameran yang membuktikan pencerobohan tentera Jepun seperti Pembunuhan Besar-besaran di Nanjing China telah ditiadakan. Tindakan tersebut dianggap telah menjejaskan konsep asal penubuhan muzium tersebut sehingga menimbulkan bantahan orang ramai.

Sebelum ini, muzium itu terdapat pameran yang bertemakan "Serangan Udara Osaka dan Kehidupan Rakyat" dan "Doa untuk Keamanan" untuk memperlihatkan sejarah Osaka yang diserang udara tentera AS ketika Perang Dunia II, di samping memaparkan kesengsaraan yang dipikul oleh rakyat di beberapa negara dan kawasan termasuk China akibat pencerobohan yang dilakukan Jepun. Namun setelah diubahsuai, gambar dan dokumen yang melibatkan sejarah pencerobohan Jepun di China telah ditiadakan. Yang dipamerkan hanya video tentang sejarah Perang Jiawu sehingga Perang Dunia II berakhir. Pencerobohan Jepun digambarkan sebagai "perang menyeluruh antara Jepun dengan China".

Pada hari yang sama, sesetengah pertubuhan kalangan rakyat Jepun mengadakan perhimpuan di luar muzium itu untuk membantah perubahan pameran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China