Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semalam mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Xi Jinping bagi menganalisis dan mengkaji situasi ekonomi dan kerja ekonomi semasa. Hasil mesyuarat tersebut, China akan meneruskan usaha mewujudkan pembangunkan ekonomi yang mapan, mengambil inisiatif menyesuaikan diri dengan pertumbuhan ekonomi normal baharu dan mengekalkan ekonomi pada julat yang munasabah.
Pertumbuhan ekonomi pada suku pertama tahun ini selaras dengan matlamat yang dijangkakan. Situasi peluang pekerjaan adalah stabil, di samping pendapatan penduduk di desa dan di bandar terus meningkat. Usaha pembaharuan perlu terus diintensifkan secara menyeluruh. Penyusunan semula strategi ekonomi turut ditingkatkan sehingga wujudnya beberapa enjin pertumbuhan baharu.
Sementara itu, China juga akan terus mengutamakan kualiti dan kecekapan pertumbuhan ekonomi, terus mengekalkan dasar makro yang berterusan dan stabil, menaruh perhatian terhadap tekanan kemerosotan ekonomi, dan mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan masyarakat.