Cari:
Warga China Sertai Operasi Menyelamat di Nepal
2015-05-01 14:51:02 CRI Cetak

Dalam tempoh lima hari yang lalu sejak gempa bumi yang dahsyat melanda Nepal, bukan sahaja skuad penyelamat China yang dihantar ke negara itu untuk menyertai operasi menyelamat, syarikat China, pasukan perubatan dan warga China di Nepal turut mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kerja menyelamat di kawasan bencana.

Selepas bencana gempa bumi itu berlaku pada 25 April, Kumpulan Gezhouba China, yang sedang melaksanakan projek pembinaan loji janakuasa elektrik di Nepal, bukan sahaja telah berjaya memindahkan lebih 300 pekerja China dan Nepal ke tempat yang selamat, bahkan turut mengagihkan makanan dan barangan keperluan lain kepada mangsa.

Pasukan perubatan China kumpulan ke-8 yang telah tiba di kawasan Gorkhar, kawasan bencana yang paling teruk terjejas, segera menyertai usaha menyelamat dan merawat mangsa yang cedera dalam bencana tersebut.

Selain itu, persatuan syarikat China di Nepal juga berusaha membantu Kedutaan China untuk menjalankan pelbagai kerja menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China