Cari:
Rundingan Pusingan Baharu Mengenai Isu Syria Akan Diadakan
2015-05-02 15:40:26 CRI Cetak

Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh pejabat PBB di Geneva semalam, rundingan pusingan baharu tentang isu Syria akan diadakan di Geneva pada 4 Mei nanti dan dijangka akan berlangsung selama lima atau enam minggu.

Pengumuman itu memetik perkataan Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Syria, Steffan de Mistura, sebagai berkata, wakil-wakil kerajaan Syria, kumpulan pemberontak dan pertubuhan kalangan rakyat serta wakil serantau dan antarabangsa berkenaan akan menyertai rundingan pusingan baharu ini. Para peserta akan membincangkan situasi semasa Syria dan mengeluarkan pendapat dan cadangan terhadap pelaksanaan Kenyataan Genava tentang isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China