Cari:
Angka Korban Gempa Nepal Meningkat Kepada 6,659 Orang
2015-05-02 15:55:08 CRI Cetak

Menurut pihak polis Nepal hari ini, gempa bumi yang berlaku pada 25 April lalu telah meragut 6,659 nyawa dan mengakibatkan 14,062 lagi cedera.

Sementera itu, statistik terkini yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Nepal menunjukkan bahawa antara 29 buah kaunti yang dilanda gempa bumi, jumlah kematian dan kecederaan paling banyak di

kaunti Sindhupalchowk yang terletak di kawasan pergunungan. Sekurang-kurangnya 2,020 orang terkorban akibat bencana gempa di kaunti tersebut setakat semalam.

Menurut anggaran awal, kira-kira 600 ribu buah khemah diperlukan untuk mangsa gempa bumi di seluruh Nepal, namun hanya terdapat 50 ribu buah setakat ini. Di samping itu, kawasan bencana masih menghadapi kekurangan bahan makanan dan air minuman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China