Cari:
Presiden Nepal Sanjung Tinggi Pasukan Penyelamat China
2015-05-02 16:16:32 CRI Cetak

Presiden Nepal, Ram Baran Yadav ketika diwawancara media China pada 30 April lalu telah mengucapkan terima kasih banyak kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan tanpa syarat terhadap kawasan bencana gempa bumi di Nepal. Menurut beliau, prestasi pasukan penyelamat China paling baik.

Menurut Presiden Yadav, beliau berasa amat terharu kerana Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang mengutus kawat rasa simpati sejurus berlakunya gempa bumi di Nepal. Sementara itu, China dengan serta merta menghulurkan bantuan termasuk anggota penyelamat dan barang keperluan kepada Nepal.

Presiden Yadav menyatakan bahawa China telah menghantar pasukan penyelamat dan pasukan perubatan yang paling unggul untuk melakukan operasi menyelamat di kawasan bencana Nepal. Beliau berharap terus mendapat bantuan efektif dari China dalam kerja pencegahan wabak dan pembangunan semula pasca bencana.

 

Beliau turut menegaskan bahawa China merupakan sahabat sejati Nepal dan berharap agar terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasam dengan pasukan penyelamat China untuk mengatasi kesukaran kini dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China