Cari:
Sikap Pragmatik Bermanfaat kepada Kesejahteraan Rakyat Taiwan dengan Tanah Besar
2015-05-02 17:04:37 CRI Cetak

Pengerusi Parti Kuomintang China, Zhu Lilun telah tiba di Shanghai untuk menghadiri Forum Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan Tanah Besar-Taiwan ke-10 yang akan diadakan pada hari esok.

Dalam sidang media sebelum bertolak ke Shanghai, Zhu Lilun menyatakan bahawa pihaknya akan bersikap pragmatik untuk menyertai aktiviti tersebut.

Menurut beliau, pemimpin Parti Kuomintang dan Parti Komunis China akan bertukar-tukar pandangan tentang program pertukaran dan interaksi kedua-dua parti dan hubungan kedua-dua pantai Selak Taiwan.

Zhu Lilun berkata, pihaknya yakin kedua-dua pihak dapat mengambil sikap yang terbuka untuk memandang masa depan. Hal ini bermanfaat bagi kesejahteraan rakyat Taiwan, Parti Kuomintang dan generasi akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China