Cari:
Banyak Negara Raikan Hari Pekerja Antarabangsa
2015-05-02 14:48:01 CRI Cetak

Hari Pekerja Antarabangsa yang jatuh pada 1 Mei merupakan perayaan bagi pekerja sejagat. Banyak negara telah mengadakan aktiviti dengan pelbagai cara untuk merayakan atau memperingati hari kebesaran itu.

Parti Rusia Bersatu dan Parti Komunis Rusia serta kesatuan sekerja yang melibatkan pelbagai kalangan telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di pelbagai tempat di Rusia untuk meraikan Hari Pekerja Antarabangsa. Di Moscow, kira-kira 140 ribu penduduk tempatan telah menyertai aktiviti sambutan yang diadakan di Lapangan Merah semalam.

1 Mei merupakan satu hari cuti kebangsaan bagi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Penduduk dan para pelajar bandar Pyongyang menyambut hariraya itu dengan mengadakan majlis tari-menari malam di Lapangan Kim Il-sung.

Dalam ucapan sambutan Hari Pekerja Antarabangsa yang dimuat dalam surat khabar, Presiden Myanmar, U Thain Sein menyeru pelbagai pihak terlibat bekerjasama untuk menyelesaikan perselisihan antara pekerja dengan majikan yang semakin serius di negara itu.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapan sambutan hari itu menyatakan bahawa Hari Pekerja Antarabangsa tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Singapura, dan aktiviti sambutan itu buat pertama kali tanpa kehadiran mendiang mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew. Beliau dalam ucapannya sekali lagi menyebut tentang "rancangan teknik masa depan" yang ditegaskan dalam usul belanjawan kewangan kerajaan yang dikeluarkan pada bulan Februari lalu. Rancangan itu bertujuan memantu pekerja menguasai teknik baharu dengan lebih cepat agar meningkatkan produktiviti dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China