Cari:
Catherine Middleton Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
2015-05-03 15:42:04 CRI Cetak

Duchess of Cambridge, Catherine Middleton, selamat melahirkan bayi perempuan pagi semalam, anak kedua selepas Putera George dilahirkan pada Julai 2013.

Dalam satu kenyataan ringkas, Istana Kensington memaklumkan, isteri kepada Putera William itu selamat melahirkan anak keduanya pada pukul 8.34 pagi waktu tempatan (3.34 petang waktu Malaysia).

Bayi comel pasangan diraja sebe­rat 3.7 kilogram itu dilahirkan di Hospital St Mary, Paddington, London.

Puteri itu yang masih belum diberi nama merupakan pewaris tahkta keempat monarki Britain selepas datuknya, Putera Charles, Putera William, dan abangnya, Putera George.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China