Cari:
Persiapan Rusia untuk Aktiviti Sambutan Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Patriotik Besar
2015-05-03 16:43:09 CRI Cetak

Ketua Pengarah Jabatan Presiden Rusia yang juga Ketua Pengarah Jawatankuasa Penganjuran Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Patriotik Besar, Sergey Ivanov semalam ketika diwawancara Televisyen Rusia Hari Ini telah menyatakan bahawa kerja persiapan tersebut sedang dijalankan. Perbarisan dan perarakan ketenteraan yang akan bermula pada pukul 10 pagi 9 Mei di Lapangan Merah Moscow merupakan komponen penting aktiviti sambutan kali ini.

Menurut Sergey Ivanov, Hari Kemenangan Perang Patriotik Besar merupakan hari perayaan yang amat penting bagi rakyat Rusia.

Berikutan hubungan antara Rusia dengan beberapa negara di Eropah barat dan Amerika Utara kurang baik, jumlah pemimpin negara lain yang menghadiri aktiviti sambutan ini lebih kurang berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Seramai 26 orang pemimpin asing telah dipastikan akan menyertai aktiviti setakat ini. Pihak Rusia menanti-nantikan kehadiran Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China