Cari:
Mantan Perdana Menteri Jepun Kritik Abe Sembunyikan Fakta Sejarah
2015-05-03 14:39:06 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama menyatakan semalam bahawa ucapan yang disampaikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Kongres AS pada 29 April lalu memberikan kesan yang menyembunyikan fakta sejarah.

Tomiichi Murayama dalam program yang disiarkan stesen TV semalam menyatakan bahawa walaupun Abe menyatakan kesesalan terhadap tindakan Jepun dalam Perang Dunia II, tetapi beliau mengelakkan penggunaan perkataan "kawalan penjajahan" dan "pencerobohan" serta "maaf" yang pernah disebut dalam ucapan Tomiichi Murayama. Tujuan Shinzo Abe adalah untuk menyembunyikan fakta sejarah tersebut. Namun tindakan ini sebaliknya menambah rasa ketidakpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Jepun.

Pada 15 Ogos tahun 1995, sempena ulang tahun ke-50 bagi Jepun menyerah kalah tanpa syarat dalam Perang Dunia II, Tomiichi Murayama, Perdana Menteri Jepun pada masa itu, mengeluarkan ucapan yang mengakui sejarah pencerobohan Jepun dan meminta maaf atas kesalahan kolonialisme dan pencerobohan, serta berikrar Jepun akan mengekalkan pembangunan negara secara damai dan tidak berperang lagi. Sejak itu, kerajaan Jepun yang berikutnya sama-sama menyatakan akan mengekalkan semangat ucapan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China