Cari:
Pasukan Perubatan China Bantu Cegah Wabak di Nepal
2015-05-03 15:05:08 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Nepal, Puspa Kamal Dahal Prachanda ketika diwawancara oleh wartawan semalam menyampaikan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan dan sokongan dari aspek psikologi dan material kepada rakyat negara itu selepas gumpa bumi yang dahsyat berlaku pada 25 April lalu. Beliau turut menyatakan bahawa kawasan utara negaranya telah mengalami bencana gempa yang lebih serius dan memerlukan sokongan lebih banyak daripada negara lain termasuk China. Beliau menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai negara lebih giat menyertai operasi menyelamat dan pembangunan semula pasca bencana di Nepal.

Pada hari yang sama, ketua pasukan perubatan dan pencegahan wabak China, Lu Lin menyatakan bahawa pihaknya telah menyelesaikan laporan mengenai risiko kesihatan awam gempa bumi Nepal, antaranya penularan penyakit berjangkit di kawasan bencana berisiko tinggi, manakala penularan penyakit berjangkit usus berisiko "amat tinggi". Naib ketua pasukan itu, Zhang Rong turut menyatakan kebimbangkan terhadap situasi kesihatan mangsa di kawasan bencana. Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha menawarkan latihan kepada anggota pasukan perubatan Nepal. Setakat malam kelmarin, lebih 600 orang telah menerima latihan dan mereka akan menjalankan kerja pencegahan wabak dan penyahjangkitan di pelbagai tempat di Nepal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China