Cari:
Zhu Lilun: Hubungan Taiwan dan Tanah Besar Perlu Dikembangkan
2015-05-03 15:22:24 CRI Cetak

Parti Kuomintang China akan memikul tanggungjawab terhadap rakyat, generasi akan datang dan sejarah dalam usaha mengembangkan hubungan dengan Tanah Besar. Perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai perlu diteruskan, pertukaran lawatan yang melibatkan pelbagai kalangan dan bidang perlu dikekalkan dan hasil perkembangan hubungan itu perlu diperkongsi orang ramai. Selain itu, Parti Kuomintang China akan terus menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak berdasarkan Persetujuan 1992.

Demikian kata Pengerusi Parti Kuomintang China, Zhu Lilun dalam ucapannya pada majlis perasmian Forum Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan Tanah Besar-Taiwan ke-10 di Shanghai hari ini.

Dalam ucapannya, beliau juga menyatakan penghargaan terhadap visi pembangunan secara damai Tanah Besar- Taiwan yang dikeluarkan bersama pemimpin kedua-dua pihak pada tahun 2005, dan menegaskan forum kali ini telah menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China