Cari:
Cadangan Yu Zhengsheng bagi Jayakan Forum Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan Tanah Besar-Taiwan
2015-05-03 15:24:40 CRI Cetak

Dalam Forum Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan Tanah Besar-Taiwan ke-10 dirasmikan di Shanghai hari ini, anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Yu Zhengsheng telah menyampaikan ucap tama dan mengemukakan empat cadangan untuk menjayakan forum ini.

Yu Zhengsheng menyifatkan forum ini sebagai platform penting bagi tokoh-tokoh pelbagai kalangan kedua-dua pantai Selat Taiwan untuk berinteraksi dan bekerjasama serta menggalakkan pertukaran lawatan kedua-dua pihak secara menyeluruh. Yu Zhengsheng turut mengemukakan cadangan bagi menjayakan forum ini. Pertama, mengekalkan dasar politik yang melibatkan Persetujuan 1992 dan menentang "kemerdekaan Taiwan" dalam usaha mengembangkan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan secara damai. Kedua, terus berfokus pada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak. Ketiga, terus membantu pemuda-pemudi kedua-dua pihak merealisasi impian. Dan keempat, terus menggalakkan lebih ramai tokoh daripada pelbagai kalangan masyarakat kedua-dua pihak menyertai forum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China