Cari:
Hubungan PKC dan KMT Dipererat
2015-05-04 15:38:39 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis (PKC) China, Xi Jinping, menyambut baik lawatan delegasi Parti Kuomintang (KMT) yang diketuai pengerusinya, Chu Li-luan atau dikenali sebagai Eric Chu di Beijing pagi tadi.

Semasa pertemuan itu, Xi menekankan perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu diteruskan secara damai berasaskan Konsensus Tahun 1992, pertukaran lawatan yang melibatkan pelbagai kalangan dan bidang perlu dikekalkan serta hasil perkembangan hubungan tersebut perlu dikongsi dengan orang ramai.

Eric pula menyatakan, kedua-dua pihak akan melakukan kerjasama dalam perlindungan alam sekitar, integrasi ekonomi dan lain-lain, memberikan lebih banyak manfaat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta golongan muda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China