Cari:
IS Dakwa Bertanggungjawab Serangan di Texas
2015-05-06 11:39:16 CRI Cetak

Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam mengakui bertanggungjawab dalam serangan bersenjata di pusat pameran yang memaparkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

IS dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah stesen radio di Mosul, Iraq semalam mendakwa, dua askar khalifah melakukan serangan di pusat pameran di Garland, Texas AS kerana pameran tersebut menonjolkan gambar negatif mengenai Nabi Muhammad SAW.

Polis Texas menembak mati dua lelaki yang cuba memasuki dan melepaskan tembakan di luar pusat pameran yang memaparkan kartun Nabi Muhammad anjuran satu kumpulan anti-Islam pada Ahad lalu. Identiti mereka sudah dikenal pasti sebagai Elton Simpson dan Nadir Soofi.

Serangan itu dipercayai serangan balas terhadap kumpulan anti-Islam itu kerana mengadakan pameran berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Jeh Johnson dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat motif mereka dan juga pameran tersebut.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China