Cari:
Cuaca Buruk di Nepal Sukarkan Operasi Menyelamat
2015-05-06 15:14:06 CRI Cetak

Cuaca buruk menyebabkan pihak berkuasa Nepal terputus hubungan dengan sebuah kampung terpencil yang dipercayai menjadi lokasi penduduk dan pendaki gunung yang terbunuh kerana terperangkap di bawah runtuhan salji, ketika angka korban keseluruhan terus meningkat.

Penolong Pegawai Daerah, Gautam Rimal berkata, pihaknya gagal menghubungi Kampung Langtang lebih 24 jam lalu akibat cuaca buruk, dengan sekurang-kurangnya tujuh pelancong asing disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan salji itu.

Kerajaan Nepal turut meminta pasukan mencari dan menyelamat menghentikan operasi, selepas harapan untuk melihat ada mangsa yang terselamat dalam kejadian itu semakin tipis.

Menurut sumber, angka korban keseluruhan kini sudah mencecah 7,557 orang, manakala 14,500 lagi cedera.

Dalam perkembangan lain, sumber dari Kesatuan Eropah (EU) berkata, kira-kira 60 identiti mangsa dari 28 negara masih belum dikenal pasti, selepas EU mendedahkan kira-kira 1,000 penduduk dari rantau berkenaan hilang ekoran kejadian gempa bumi tersebut minggu lalu.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China