Cari:
Hubungan Rakan China-EU Kian Erat
2015-05-06 18:25:34 CRI Cetak

China dan Kesatuan Eropah (EU) harus memanfaatkan peluang dalam meningkatkan hubungan ke tahap yang lebih tinggi sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi apabila ditemui Ketua Perwakilan Polisi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini di Beijing hari ini.

Wang menegaskan, matlamat menjalinkan hubungan rakan antara China dengan EU adalah demi mencapai perdamaian, meningkatkan pertumbuhan dan pembaharuan, membentuk ketamadunan, memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

Federica berharap dapat menggembleng tenaga bersama-sama dengan China dalam menghadapi cabaran global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China