Presiden China, Xi Jinping, Presiden Majlis Eropah, Tusk dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean - Claude Juncker saling mengutus kawat tahniah semalam sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua pihak.
Xi berkata, dalam tempoh 40 tahun yang lalu, China dan EU berusaha untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Kata sepakat antara kedua-dua pihak untuk memelihara kedamaian dunia dan mendorong pembangunan bersama semakin kukuh. Hubungan antara kedua-dua pihak menjadi salah satu hubungan bilateral yang paling penting di dunia.
Juncker pula berkata, hubungan antara EU dengan China telah mencapai kejayaan besar dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Pihaknya akan terus berusaha untuk mendorong hubungan rakan strategi komprehensif dengan China.